Ternyata lagu November Rain ‘dihasilkan khas’ untuk peminat Guns N’ Roses di Malaysia. Hujan ternyata tidak menjadi penghalang peminat setia Guns N’ Roses (GNR) untuk sama-sama menyaksikan persembahan penuh tenaga di Sunway Lagoon semalam.

Hampir 30,000 peminat hadir membanjiri Sunway Lagoon semalam untuk sama-sama berhibur dengan GNR dan disajikan dengan 28 lagu tanpa henti! Ternyata usia bukan penghalang buat ahli GNR untuk terus rock di atas pentas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini bukan pertama kali GNR membuat persembahan di Malaysia. Jika pada tahun 2013 mereka datang tanpa gitaris legenda Slash, untuk jelajah terbaru ini, original line up Guns N’ Roses iaitu Axl Rose, Slash dan Duff McKagan sama-sama menghiburkan peminat setia mereka. Peminat GNR pasti tahu perselisihan faham antara Axl Rose dan Slash yang berkurun lamanya telah berakhir sekitar tahun 2015 dan Slash kembali menyertai GNR.

Tiga lagi anggota terbaru GNR ialah Richard Fortus (gitar), Frank Ferrer (dram) dan Melissa Reese (keyboard). Dizzy Reed (keyboard) turut sama menyertai jelajah Not In This Lifetime ini yang sudah menganggotai GNR sejak tahun 1991.

GNR 1

GNR 2

Antara lagu yang dibawakan pada konsert berdurasi hampir tiga jam itu semestinya lagu popular mereka seperti It’s So Easy, Mr Brownstone, Welcome To The Jungle, Paradise City, Knockin On Heaven’s Door, Sweet Child O’Mine, November Rain, Don’t Cry, Estranged dan banyak lagi.

Menarik apabila GNR turut membawa beberapa lagu cover antaranya daripada kumpulan Velvet Revolver (Slither), Misfits (Attitude) dan lagu yang tidak dijangka daripada Soundgarden (Black Hole Sun).

Persembahan turut diserikan dengan video montaj yang hebat untuk setiap lagu yang dimainkan GNR. Setiap kali lagu bertukar, video montaj baharu muncul dan semestinya video montaj ini cuma dapat ditonton oleh penonton yang hadir sahaja dan tidak dapat dilihat di tempat lain. Khas untuk peminat yang membeli tiket!

GNR 4

GNR 5

GNR 3

Momen paling diingati sepanjang konsert ini semestinya apabila GNR memainkan dua lagu paling ‘berhantu’ mereka, Sweet Child O’Mine dan November Rain. Seperti konsert lain, GNR menutup konsert di Kuala Lumpur dengan lagu Paradise City. GNR turut sempat membuat tribute kepada editor terkenal Marvel, Stan Lee yang meninggal dunia baru-baru ini.

Konsert Guns N’ Roses — Not In This Lifetime Tour di Kuala Lumpur ini dibawakan oleh Galaxy Group, LAMC Production, Rockstar Touring dan GCOX semestinya menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh peminat setia GNR. Ternyata rata-rata yang hadir pulang dengan senyuman. GNR akan meneruskan siri jelajah Asia mereka ke Taiwan pula pada 17 November ini.