Penipuan dalam talian yang berleluasa di Malaysia telah menjadi satu topik hangat dan kini dipandang serius oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak KKD dalam membanteras kegiatan ini dalam masa yang sama turut membantu mangsa yang telah ditipu.

Menerusi temu bual bersama BFM, beliau telah mengingatkan orang ramai terutama mangsa penipuan supaya melaporkan segera kes penipuan yang terjadi kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: JSJKPDRM

Beliau menjelaskan mangsa yang menghubungi NSRC dalam tempoh 24 jam berkemungkinan akan mendapatkan semula wang telah ditipu scammer. Tambah beliau lagi, antara Oktober dan November 2022, sekitar 4,000 panggilan yang telah dibuat kepada NSRC.

Daripada RM12 juta wang yang ditipu scammer, sekitar RM1.3 juta ke RM1.4 juta telah berjaya diselamatkan oleh NSRC. Ini merupakan satu pencapaian yang agak besar.

Memandangkan sudah menjadi fokus utama untuk membanteras isu penipuan, pelbagai pihak turut berganding bahu termasuklah Menteri Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan banyak lagi. Dengan gabungan ini, pelbagai langkah yang lebih agresif boleh dilakukan untuk menjadikan platform di internet lebih selamat.

Selain itu, beliau telah berkongsi bahawa jika mangsa menghubungi NSRC dalam tempoh 24 jam insiden berlaku, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh mengambil tindakan segera untuk menghentikan aliran keluar wang daripada sistem. Oleh itu, mangsa sangat disarankan untuk menghubungi pihak NSRC secepat mungkin agar tindakan lanjut boleh diambil segera.

Sumber