Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Media Prima Berhad tampil menjelaskan isu yang banyak bermain di dada media tempatan semalam yang menyatakan bahawa stesen televisyen milik mereka, iaitu ntv7, telah dihentikan dan ditukar menjadi DidikTV.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Media Prima menyatakan bahawa tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima, iaitu Natseven TV Sdn Bhd (“ntv7”) dan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan serta laporan sesetengah pihak.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

“Ini susulan daripada berita pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (“DidikTV KPM”) esok.

“DidikTV KPM merupakan kolaborasi komersil strategik di antara Media Prima dan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara melalui capaian luas Media Prima di dalam negara dan keupayaannya dalam menerbitkan kandungan berkualiti,” kata kenyataan terbabit.

Isu ini hadir selepas beberapa laporan media semalam yang menyatakan bahawa ntv7 akan menghentikan siaran mereka dan difahamkan akan bertukar menjadi DidikTV yang mula bersiaran esok.

Susulan daripada itu netizen dan bekas pekerja serta hos ntv7 mula menitipkan mesej terakhir mereka buat siaran televisyen yang sudah bertapak sejak 1995 ini.

Tambah kenyataan terbabit, DidikTV KPM akan menyiarkan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, di samping program-progam berkaitan pendidikan termasuk kandungan didik hibur (edutainment).

Selain itu, saluran ini juga akan memaparkan kandungan yang memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan platform bagi masyarakat berinformasi.

Semalam, The Edge turut melaporkan perkara yang sama di mana Media Prima telah memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menghentikan siaran atau menutup stesen televisyennya ntv7.

Dalam satu jawapan bertulis kepada The Edge, Media Prima menyatakan bahawa ntv7 tidak akan dihentikan operisinya sambil menjelaskan bahawa DidikTV adalah hasil kerjasama komersial strategik antara Media Prima dan KPM bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada para pelajar di seluruh Malaysia.

Tambahan daripada itu, kumpulan sama yang berada di bawah ntv7 akan tetap bersama dengan DidikTV, di mana pelaksanaan TV Pendidikan ini akan memberi impak positif kepada Media Prima dan akan dilaksanakan oleh kumpulan yang sama.

Rakyat Malaysia serta bekas hos kongsi kenangan indah bersama ntv7. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Malaysia Serta Bekas Hos Kongsi Kenangan Indah Bersama ntv7

Anda Mungkin Suka