Menyebut tentang jenamanya iaitu Nubia selaku jenama dibawah ZTE mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Namun inovasi terbaru yang dibawakan telefon pintar ini mungkin akan membuatkan ramai membuka mata.

Menerusi model Nubia X, model ini telah memperkenalkan sesuatu yang baru di dalam industri telefon pintar dengan penyertaan dua skrin pada bahagian hadapan dan belakang. Pada bahagian hadapan model ini hadir dengan skrin 6.26-inci FHD+ LCD manakala bahagian belakang pula disertakan dengan paparan 5.1-inci OLED.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

3

Dari segi spesifikasi, Nubia X ternyata berjaya menawarkan spesifikasi seakan telefon pintar flagship kini dengan penyertaan processor Snapdragon 845, RAM 6/8GB dan ruang storan sehingga 256GB. Kamera 16-Megapixel dan 24-Megapixel antara yang tersedia pada bahagian belakang Nubia X. Model ini juga turut disertakan dengan pengimbas cap jari yang disertakan pada bahagian tepi.

Nubia X beroperasi menggunakan sistem Android Nubia Ui 6.0+ET dengan penyertaan AI. Setakat ini model ini cuma ditawarkan di China dengan harga permulaan sekitar RMB 3299 (~RM1988). Sekiranya anda sedang mencari model telefon pintar yang unik dan cool, mungkin Nubia X antara yang menjadi pilihan.

https://www.youtube.com/watch?v=BT5VNz7r1RA