Pretty sick.

Itulah yang dapat kami katakan setelah menonton video ini. Cara beliau memukul drum dengan laju, dengan timing yang tepat dan bunyi yang crisp membuat kami terpaku. Sungguh tidak sangka pada umur 12 tahun, anak muda ini sangat berbakat.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Nur Amira Syahira, seorang anak muda yang berusia 12 tahun bukan sekadar meminati drum, tetapi beliau sangat bagus bermain instrumen ini. Ini adalah cover Opera Hidup dari Wings yang beliau tonjolkan semasa Pesta Pulau Pinang 2014.

Amira sudah mula bermain drum ketika berumur 8 tahun. Beliau tidak pernah belajar instrumen ini secara formal, hanya melalui pengamatan yang beliau lakukan dengan menonton Youtube. Beliau juga selalu membuat cover di Facebook dan Youtube. Pada tahun 2013, bakat beliau mula disedari, dan mula menerima jemputan membuat persembahan secara live di stesyen TV tempatan.

Ketika berumur 10 tahun pun bakat beliau sudah cukup besar.

Linkin Park – What I’ve Done Drum Cover

Video berlatih pun fuhhhh.. gila!

Amira bercita-cita untuk menjadi drummer professional. Beliau berbakat untuk bermain drum bukan sahaja untuk muzik rock, tetapi juga untuk rentak-rentak lain seperti dangdut dan lagu hindustan. Trademark beliau ialah bermain sambil tersenyum lebar.

Avenged Sevenfold – Carry On Drum Cover

Amira merupakan wakil dari Malaysia untuk pertandingan Hit Like A Girl. Sekiranya anda suka Amira, pergi ke link Hit Like A Girl ini dan cari butang ‘Vote For This Video’. Pengundian akan ditutup pada 12 malam ini.

Kami mengucapkan selamat maju jaya buat Amira untuk pertandingan ini. Kami juga mendoakan supaya Amira kekal konsisten dan berjaya mencapai cita-cita yang diidam-idamkan. You go, girl!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Amira, anda boleh melawati Facebook beliau di sini atau Youtube di sini atai Instagram di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka