Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar semalam telah menerima anugerah ‘Wanita Paling Berpengaruh’ oleh sebuah organisasi kepenggunaan, Influential Brand. Anugerah disampaikan ketika perjumpaan CEO Summit di Singapura yang bertemakan “Women in Leadership and Technology”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nurul Izzah terpilih untuk menerima anugerah tersebut kerana sumbangan berterusan beliau untuk menggalakkan demokrasi dan keadilan selama hampir 19 tahun. Menurut Pengarah Influential Brand, Jorge Rodriguez bukan sahaja disebabkan sumbangan tersebut tetapi juga ketegasan beliau menyuarakan pandangan, sifat rendah hati dan semangatnya yang sepadan dengan aspirasi pihak perniagaan dan Ketua Pegawai Eksekutif terbaik.

Nurul Izzah sendiri menganggap anugerah tersebut sebagai pencetus semangat dan menjadi pemerkasaan wanita di serata Asia yang selama ini menjadi suara minoriti.