Kecoh di media sosial pada bulan lalu apabila Nurul Izzah selaku anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan Perdana Menteri. Hal ini sekaligus telah menimbulkan pelbagai pertikaian sekaligus dakwaan nepotisme di kalangan masyarakat.
Terbaharu, mantan MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
Walau bagaimanapun, beliau telah ditawarkan sebuah jawatan baharu dengan menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.
“Mohd Hassan telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.
“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Difahamkan peranan jawatankuasa itu juga membabitkan perkara berkaitan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk menentukan kaitannya dalam konteks semasa dan menyatukan yang mana sesuai dan perkara berkaitan hutang negara dan tadbir urus yang baik.
Pembentukan jawatankuasa itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Februari lalu dan setiap anggotanya tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.