Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce telah berjaya mencetuskan trend yang popular di kalangan para pengguna sosial media. Dia dikenali ramai sejak awal 2017 dengan gaya taburan garam ke atas daging panggang yang lain daripada yang lain.

Namun, disebalik gaya yang popular, dilaporkan bahawa Salt Bae telah melakukan beberapa salah laku terhadap pekerjanya. Vice melaporkan bahawa rangkain restoran, Nusr-Et Steakhouse dengan cawangan berada di beberapa bandar tumpuan dunia telah gagal menghargai usaha pekerja mereka.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Beliau dikatakan gagal membayar gaji over-time, mencuri tip dari pekerja, menghalang wanita daripada menjadi pelayan dan melanggar beberapa perjanjian yang ditetapkan oleh pejabat buruh.

Puncak kepada isu ini telah membawa kepada sebuah demo yang dilangsungkan berhampiran Union Square di New York. Salt Bae dilaporkan mahu membuka sebuah lagi restoran di sekitar New York dan telah mengupah, Alba Services sebagai syarikat yang bertanggungawab untuk menjaga kebajikan pekerja. Apa yang menjadi isu adalah syarikat ini tidak mempunyai kesatuan pekerja yang melindungi nasib dan hak pekerja.

1580757137953-scabby-sign

Vice

Tambahan pula, Alba Service pernah dihadapkan ke mahkamah pada 2017 kerana gagal membayar upah bekerja lebih masa. Para penunjuk perasaan menyuarakan ketidakpuasan hati dengan beberapa laungan ‘tidak ada cara untuk Salt Bae, lantik kesatuan pekerja, kami akan membayar’ dan ‘pekerja mahukan layanan yang adil’.

Salah seorang peguam Nusret berkata, “Chef Nusret tidak terlibat dalam mengupah Alba Services dan dia atau syarikat tidak mengetahui sebarang masalah yang dilakukan oleh Alba Services dengan pekerjanya.”

Sehingga sekarang, kenyataan Salt Bae itu masih dianggap ragu-ragu. Walaupun beliau tidak menyedari masalah yang dibawa oleh Alba Services, tetapi isu ini telah menambah rekod buruk cara layanan beliau dengan pekerjanya.

Nusr-Et Steakhouse setakat hari ini menghadapi dua kes di mahkamah membabitkan penyelewengan gaji pekerja. November lalu, Nusr-Et telah membayar $ 230,000 kepada empat pekerja Midtown Salt Bae bagi menyelesaikan kes di bawah Badan Hubungan Perburuhan Nasional. Manakala kes terbaharu, seorang wanita telah melaporkan bahawa wujud diskriminasi jantina di dalam syarikatnya.

Terdahulu, pelabur rancang untuk menjual saham Nusr-Et Steakhouse selepas tidak berpuas hati dengan Salt Bae. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pelabur Mula ‘Salty’ Dengan Nusr-Et, Rancang Jual Saham Syarikat

Anda Mungkin Suka