Minggu lalu, seorang jejaka kacak tiba-tiba menjadi viral. Semuanya bermula dengan satu video yang dikongsi oleh netizen di Facebook. Video itu menunjukkan beliau sedang memotong daging dengan penuh teliti. Yang menjadi bualan orang ramai adalah cara beliau menabur garam pada daging berkenaan di penghujung video. Penuh gaya dan karisma!

Jadi siapakah dia lelaki kacak di sebablik cermin mata hitam ini? Beliau bernama Nusret Gökçe a.k.a #saltbae, salah seorang co-owner untuk sebuah kedai steak terkenal di Turki dan Dubai, Nusr-Et. Dengan 6 lokasi kedai di Turkey dan Dubai, Nusr-Et memang menjadi tumpuan ramai terutamanya selebriti tempatan dan luar negara. Pemain terkenal seperti Manuel Neuer, Arda Turan, Roger Federer, Mesut Ozil, Martin Skrtel, dan pereka fesyen Tommy Hilfiger adalah antara pengunjung yang sudah ke Nusr-Et. Rasanya restoran beliau ini memang sangat terkenal di kalangan sportsman!

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Birgun herkes yiyicek dedi @martin37skrtel

A photo posted by nusr_et (@nusr_et) on

Ha dicho que eres el artista del carne dedi @ardaturan

A photo posted by nusr_et (@nusr_et) on

Artık Tukiye dıyince Nusret Nusret dıyınce Türkiye dedi?? @rogerfederer#birgun#herkes#yıyecek

A video posted by nusr_et (@nusr_et) on

Birlik olun dirlik olun baska Turkiye Yok dedi @manuelneuer??

A photo posted by nusr_et (@nusr_et) on

Beliau juga sangat obses dengan pisau dan daging. Dan jika anda perasan, gambar beliau dengan selebriti pastinya beliau akan memegang pisau. Umpama beliau ‘mengugut’ mereka ini untuk bergambar. Haha. Pengikut Instagram Nusr-Et juga semakin bertambah dari hari ke hari dan kini sudah mempunyai 1.4 juta pengikut. Dengar cerita hidangan di restoran ini semuanya sedap dan bukan sekadar menang dari segi gimik masakan sahaja.

Kitap gibisin dediler#part2

A photo posted by nusr_et (@nusr_et) on

Cizmedik kestane birakmadin dedi??

A photo posted by nusr_et (@nusr_et) on

Laman Instagram Nusr-Et penuh dengan video Nusret menghiris daging dengan penuh bergaya, mutu dan keunggulan. Siapa kata bila jadi chef tidak boleh jadi seksi? Nusret membuktikan walaupun anda sedang memasak, style tetap No.1. Silalah ikut beliau di laman Instagram Nusr-Et di sini. Keseksian #saltbae nampaknya tidak akan berhenti dan beliau akan terus membuat posting apa yang dicintanya; daging segar.

Berita baik jika anda mahu mencuba masakan di sini. Menurut Tripadvisor, hidangan daging di sini adalah halal dan anda bolehlah mencubanya jika ke Dubai atau Turki. Tetapi dengan populariti kedai ini, tempahan untuk makan di sini pastinya sudah penuh. Perlu diingatkan restoran ini boleh dikira restoran fine dining. hidangan untuk satu main dish adalah mahal.Tetapi jika wang bukan penghalang untuk anda bertemu #saltbae, bolehlah ke restoran Nusr-Et. Sebelum itu, layan dahulu video Nusret menghiris daging. Seksi sungguh dia ni.

Anda Mungkin Suka