Bagi saya, Nutella adalah ‘keajaiban’ dalam dunia makanan kerana rasanya yang sangat sedap. Boleh dikatakan Nutella banyak berjasa dalam dunia pastry dan ianya enak dimakan begitu sahaja.

Tetapi baru-baru ini imej yang katanya kandungan sebenar di ingredients dalam Nutella telah dimuat naik oleh seorang pengguna Reddit MrFlow merungkai misteri kesedapan Nutella ini. Adakah ianya dibuat sepenuhnya dengan kacang hazel dan cocoa? Jawapannya TIDAK.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya tahu yang Nutella memang tidak dibuat sepenuhnya menggunakan kacang hazel dan cocoa. Nutella adalah hasil dari gabungan beberapa bahan ini; minyak kelapa sawit, cocoa, kancang hazel, susu serbuk dan gula. Yang mengejutkan adalah ratio bahan-bahan ini berbanding satu sama lain. Gula sahaja sudah separuh botol Nutella! Patutlah sedap. Kedua banyak pula adalah minyak kelapa sawit. Basically anda lebih banyak makan gula dan minyak kelapa sawit berbanding kacang hazel dan cocoa.

Baru-baru ini benua Eropah dikejutkan dengan khabar angin bahawa bahan yang terkandung dalam Nutella boleh menjadi penyebab kanser. Tetapi Ferrero, syarikat yang mengeluarkan Nutella menepis khabar angin itu dan mengatakan minyak kelapa sawit adalah selamat untuk dimakan dan bukan faktor penyebab kanser.

Pihak Nutella tidak membuat kenyataan balas mengenai gambar yang sedang viral itu. Antara sebabnya mereka tidak mahu rahsia pembuatan Nutella tersebar kepada umum. Tetapi menurut pakar pemakanan, ratio pada gambar ini ada logiknya kerana hanya dua sudu kecil Nutella bersamaan dengan 5 sudu kecil gula! Memang banyak kandungan gula dalam Nutella.

Susu pekat dan krimer yang berada di pasaran juga diperbuat dari minyak kelapa sawit. Jika anda rasa mahu diet selepas ini, elaklah dari ambil Nutella dan susu pekat. Buat peminat tegar Nutella, mungkin boleh slowdown sedikit makan Nutella selepas ini. Kalau yang biasa habiskan satu botol terus, berhentilah sebab anda makan lebih gula dan minyak kelapa sawit berbanding cocoa dan kacang hazel sebenarnya.

Sumber