Akhirnya NVIDIA hadir dengan chipset grafik kad terbaru yang bakal menggantikan model GTX. Pengumuman ini di buat selepas seminggu pelancaran kad grafik NVIDIA Quadro RTX.

Model NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti, NVIDIA GeForce RTX 2080 dan NVIDIA GeForce RTX 2070 merupakan tiga model yang diumumkan oleh syarikat itu di acara Gamescon.

Kad grafik ini didatangkan dengan teknologi turing yang membolehkan sokongan teras RT yang membolehkan ia mengolah cahaya dan bayang-bayang secara masa-nyata. Ia juga turut menawarkan sokongan sehingga paparan video 8K dengan mudah, selain kebolehan memainkan permainan pada tetapan tinggi pada resolusi 4K.

Grafik kad ini akan mula dijual secara rasmi pada 20 September untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti dan RTX 2080 manakala Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 pula akan dijual bermula bulan Oktober.

Kepada yang berminat anda boleh membuat pra tempahan di laman jualan rasmi mereka di Lazada bermula harga RM 3859 untuk model RTX 2080 dan RM 5379 untuk RTX 2080 TI.

twarren_nvidia_22

twarren_nvidia_223

hero_banner_2560x580_u

sddefault