Pada pagi tadi, pengguna media sosial telah kongsikan satu rakaman video CCTV di mana seorang lelaki hampir maut digilis lori treler semasa sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

Situasi cemas itu berlaku apabila pemandu lori treler sedang membuat pusingan di dalam kawasan stesen minyak, namun pemandu tersebut tidak menyedari ada lelaki sedang duduk mencangkung di tempat mengisi angin.

Dari video rakaman CCTV yang tular itu, bahagian kanan hadapan lori treler tersebut telah melanggar lelaki tersebut lalu hampir separuh tubuh badannya berada di bawah lori tersebut. Namun nasib penunggang motosikal itu agak baik apabila dia berjaya berguling ke tepi untuk menyelamatkan diri.

Setiap hantaran Facebook yang mengkongsi video tersebut dihujani dengan komen-komen daripada pengguna media sosial yang berasa geram dan marah terhadap pemandu lori treler yang cuai itu.

Sumber Gambar: Facebook Utusan Online
Sumber Gambar: Facebook Utusan Online
Sumber Gambar: Facebook Utusan Online
Sumber Gambar: Facebook Utusan Online
Sumber Gambar: Kosmo Online
Sumber Gambar: Kosmo Online

Disebabkan kecuaian pemandu tersebut yang tidak memerhatikan keadaan sekeliling dengan lebih baik semasa membuat pusingan, ia telah mengundang kemalangan tersebut berlaku.

Para netizen berharap pihak berkuasa dapat mencari pemandu lori treler terbabit untuk dikenakan tindakan sewajarnya dan mencadangkan agar penunggang motosikal tersebut mendapatkan ganti rugi kerana insiden kemalangan itu nyaris meragut nyawanya sendiri.

Dalam satu kisah lain, seorang penunggang motosikal terpelanting selepas merempuh sebuah kereta yang mahu masuk ke stesen minyak di Tol Jalan Duta. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Orang Ramai Pertikai Salah Siapa Insiden Kemalangan Di Persimpangan Stesen Minyak

Tidak Sabar Dan Nyaris Berlanggar, Penunggang Motosikal Selamba Ambil ‘Corner’ Di Hadapan Myvi