Pada hujung tahun ini, kita dapat lihat semakin ramai orang mengambil peluang membawa ahli keluarga bercuti ke tempat-tempat percutian setelah hampir dua tahun terkurung bagi mengelakkan penularan virus COVID-19 di kawasan tempat awam.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam seorang kanak-kanak lelaki nyaris dilanggar oleh kenderaan awam apabila dia melintasi jalan raya tanpa sebarang pengawasan orang dewasa berhampirannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rakaman kejadian yang berlaku di kawasan percutian Pantai Puteri Melaka pada hujung minggu lalu itu telah mengundang perhatian netizen yang terkejut dan pada masa yang sama marah kepada kedua ibu bapa kanak-kanak lelaki terbabit kerana mengabaikan keselamatan anak mereka.

Orang ramai turut menyatakan nasib baik pemandu kereta itu berjaga-jaga dan cekap dapat memberhentikan kenderaan dengan membrek kecemasan bagi mengelakkan dia melanggar budak lelaki tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Tambah netizen lagi, sepatutnya penjaga kepada kanak-kanak itu sentiasa berwaspada dan memerhati tindak-tanduk anaknya bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

Semoga rakaman dashcam ini dapat menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak kecil supaya selalu berdamping berhampiran mereka agar situasi buruk tidak berlaku lebih-lebih di kawasan sesak jadi tumpuan orang ramai ketika waktu cuti seperti sekarang.

Klik pautan di bawah untuk baca reaksi orang ramai marah setelah melihat seorang kanak-kanak lelaki dibiarkan bermain seorang diri di belakang kenderaan 4×4. 

Netizen Luah Kebimbangan Lihat Pemandu Triton Biar Kanak-Kanak Bermain Di Belakang

Sanggup Ikuti Trend Sehingga Abaikan Keselamatan Anak, Video TikTok Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

 

Sumber