Sudah menjadi kewajipan buat setiap’ individu yang menyediakan memastikan makanan yang disediakan dijamin bersih. Selain rasa enak yang mampu menarik perhatian pelanggan untuk kembali membuat belian semula, aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang wanita yang tampil meluahkan rasa tidak puas menerusi Facebook Group Warga Kuantan Official di mana beliau nyaris tertelan dawai kokot yang tersedia dalam bungkusan nasi kerabu yang ditempah beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih mengejutkan ramai, beliau bukan sahaja temui satu atau dua dawai kokot, malah difahamkan sebanyak 10 dawai kokot telah ditemui pada bungkusan makanan tersebut.

Menyedari lambakan dawai kokot dalam bungkusan makanan tersebut, wanita ini memaklumkan terus melaporkan kepada pihak Grab Food selaku platform beliau membuat tempahan. Difahamkan pihak Grab Food turut membuat panggilan kepada beliau bagi mendapatkan informasi lanjut.

Perkongsian yang dibuat beserta gambar bukti sekaligus telah mendapat perhatian netizen yang turut hairan jumlah dawai kokot yang tersedia pada bungkusan makanan ini.

Diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana bakal memberi mudarat kepada para pelanggan. Para penyedia makanan diminta untuk lebih berhati-hati agar situasi seperti ini dapat dielakkan sekaligus mengelakkan sesebuah warung atau restoran menjadi cemuhan pelanggan.