Restoran ini sudah 5 tahun beroperasi, entah mengapa kami baru tahu kewujudannya. Terletak setentang dengan Cyberview Resort & Spa, Restoran Nyonya Valley di Cyberjaya ini menjanjikan masakan peranakan mengikut citarasa tempatan.

NV 01 Front

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sesuai dengan persekitaran mewah berkonsep resort, restoran ini juga menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan serta majlis jamuan makan dari pelanggan-pelanggan koperat sekitar Cyberjaya.

NV 02 Sekitar

Tapi kami sentiasa berpegang bahawa tempat yang cantik tidak semestinya makanannya sedap. Sudah banyak kali kami dikecewakan. Bagaimana pula sajian di sini?

BACA: Nikmati Hidangan Seisi Keluarga Yang Memuaskan Di Baba & Co., Sunway Giza Mall Kota Damansara

Sebagai permulaan, kami menjamah appetizer yang dinamakan Combination Entrée. Kombinasi tofu makanan laut, wantan, lobak ayam dan kerabu mangga berserta sos cili, dihidangkan bersama di atas satu pinggan. Pembukaan yang baik, kesemua item di atas pinggan ini sedap belaka!

NV 03 Combination Entree
Combination Entrée rm18.90

Berjaya membangkitkan rasa teruja, kami bersemangat untuk ke hidangan menu utama.

Nyonya Deep-fried Tofu adalah hidangan tofu goreng bersalut telur yang dipersembahkan ala menara. Digoreng rangup, ditambah dengan kelemakkan salutan telur, kemudian diiimbangi pula dengan rasa sos manis-manis pedas. Rasanya sungguh istimewa.

NV 04 NyonyaDeepFriedTofu
Nyonya Deep-fried Tofu rm16.90

Masih dalam kumpulan tofu, Minced Chicken Tofu atau Tofu Ayam Kisar ini juga tidak kurang sedapnya. Berkuahkan sos tiram, rasa masinnya yang cukup, memberi keenakkan pada isi ayam dan tofunya.

NV 05 MincedChickenTofu
Minced Chicken Tofu rm16.90

Setelah merasa 3 hidangan bertofu, muncul pula Deep-fried Enoki Mushroom. Ia adalah hidangan cendawan Enoki yang digoreng rangup, dicurah pula sos thai penyedap rasa. Sukar untuk kami berhenti meratah lauk ini kerana ia sangat addictive!

NV 06 EnokiMushroom
Deep-fried Enoki Mushroom rm16.90

Mungkin golongan peranakan lebih sukakan masakan berasaskan sayuran, kami dijamu pula dengan Ying Yang Kailan. Berbeza dengan sayur kailan yang biasa dimakan, sayur kailan disini dipotong halus serta ditabur gorengan ikan bilis rangup. Rasanya mantap dan sewajarnya dikelaskan sebagai signature dish.

NV 07 Ying Yang Kailan
Ying Yang Kailan rm17.90

Ahli tim kami yang tidak gemarkan sayuran sudah resah gelisah.

“Takkan main sayur je ni?”

BACA: My Story Cafe Untuk Penduduk Shah Alam Yang Mencari Kelainan

Muncul Nyonya Asam Petai Squid pengubat duka (beliau). Seindah rupanya, rasanya memang terangkat! Sotong yang segar, dimasak besama petai, kunyit dan sambal cili resepi tersendiri. Ah, terasa hingga kini kesedapannya.

NV 08 NyonyaAsamPetaiSquid
Nyonya Asam Petai Squid rm21.90

Diikuti pula dengan Hee Bee Buttered Prawn, udang disalut tepung dan udang kering halus yang disauté dengan mentega. Udangnya segar dan sedap, cuma masin dari udang kering terasa agak kuat. Namun masih menyelerakan. Buktinya ia tetap habis dimakan!

NV 09 HeeBee ButteredPrawn
Hee Bee Buttered Prawn rm29.90

Nyonya Fish Curry, kari ikan yang pastinya tidak seperti rasa kari ikan mamak. Ikan Kerapu yang digunakan agak segar dan dimasak sempurna. Harus diorder bagi yang ingin merasa keunikan hasil rempah kari nyonya.

NV 10 KerapuFishCurry
Nyonya Fish Curry

Setelah merasa 4 sayuran dan 3 makanan laut, muncul berikutnya, Hot Plate Sizzling Lamb. Memang teruja!

Masakan ni sememangnya sangat lazat. Daging kambingnya lembut dan diperap dengan ramuan istimewa, dimasak bersama cendawan butang dan hirisan bawang, seterusnya dihidangkan di atas telur goreng di dalam hot plate. Rasanya? Memang A, tiada lagi ungkapan yang lebih sesuai. Lebih sedap lagi jika dimakan ketika masih panas.

NV 11 HotPlateSizzlingLamb
Hot Plate Sizzling Lamb rm26.90

Selesai sudah sesi lauk pauk bersama nasi putih. Untuk makluman, bagi setiap menu di atas, saiz hidangannya memang banyak. Sesuai dimakan oleh 3 ke 4 orang. Oleh itu kami menganggap ia sangat value for money.

BACA: Fuud & Co, Ayer Keroh, Melaka Sediakan Makanan Laut Dan Barat Di Bawah Satu Bumbung

Meneruskan tugasan, kami dijamu pula dengan makanan kesukaan ramai, Char Koay Teow dan Nyonya Claypot Chicken Rice.

Koay Teow goreng ini berisikan kerang dan udang segar, bertatahkan telur dadar, amat disyorkan untuk mereka yang inginkan makanan ringkas sambil minum petang. Kami jamin anda tidak akan menyesal.

NV 12 CKT
Char Koay Teow rm11.90

Begitu juga dengan Nasi Ayam Claypot. Ayam BBQ dan nasi dimasak sempurna di dalam periuk tanah dan dihidangkan bersama sebiji telur mata. Porsinya cukup banyak untuk mengenyangkan anda. Digalakkan makan ketika masih panas untuk kepuasan sebenar.

NV 13 NyonyaClaypotChicRice
Nyonya Claypot Chicken Rice rm13.90

Selain daripada hidangan yang telah kami rasa ini, masih terdapat pelbagai pilihan lauk pauk yang semuanya nampak menarik. Juga terdapat pilihan masakan barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop dan Fish & Chip. Anda boleh rujuk menu penuhnya di sini.

Ingatkan segalanya telah selesai, ternyata kami silap. Kini pemanis mulut pula datang menjengah. Gurney Rojak bersama Durian Chendol yang menggiurkan, disulami dengan air Ambula Plum Juice. Sememangnya ia adalah hidangan penutup yang berjaya melekat di hati.

NV 14 CombinedDessert
Durian Chendol rm8.90, Gurney Rojak rm9.90 dan Ambula Plum Juice rm8.90

Menurut Pengurus Nyonya Valley, Tuan Ahmad Mustaqim Abdul Rahman, mereka turut menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis keraian bukan saja di Lembah Klang bahkan juga hingga ke Seremban. Bagi yang berminat untuk menjamu masakan peranakan cina di tempat anda, boleh berurusan di talian 016-713 5298.

BACA: Hungry Bunch, Sunway Pyramid Kafe Untuk Kaki Shopping Yang Sedang Lapar

Kami ahli tim Vocket Makan sependapat bahawa harga makanan di Nyonya Valley ini tidaklah murah. Namun seperti kami jelaskan tadi, saiz hidangan yang banyak bagi setiap hidangan dan ditambah pula dengan keenakkan rasanya, anda pasti setuju dengan kami yang ianya sangat berbaloi!

AKAN TETAPI, khas buat pembaca The Vocket, pihak Nyonya Valley menawarkan potongan harga sebanyak 20% apabila menjamu selera di sini sehingga 31 Januari 2016! Anda hanya perlu berikan kata kunci “VOCKETNYONYAVALLEY” ketika membuat bayaran. Terbaik bukan? Lagi mahu ditunggu?

Nama Premis : Restoran Nyonya Valley
Lokasi : Cyberview Gardens, Persiaran Tasik, 63000 Cyberjaya (waze)
Layari Laman Web, Facebook dan Instagram.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad, 11am – 9.30pm.

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram