Ahmed Mohamed, seorang pelajar berumur 14 tahun di MacArthur High School, Irving, Texas, telah ditahan atas dakwaan membawa “bom” buatan sendiri yang disalah sangka oleh guru beliau. “Bom” tersebut sebenarnya adalah jam buatan sendiri.

Ekorang daripada penahanan itu, Ahmed telah menjadi perhatian global. Malah turut menarik perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Obama melalui twitter beliau memuji kemahiran yang dimiliki Ahmed dan menjemput pelajar itu ke White House untuk menunjukkan hasil ciptaannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen shot 2015-09-17 at 8.07.33 AM

Sejurus selepas jemputan daripada White House ini, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, turut menjemput Ahmed untuk melawat pejabat Facebook.

Screen shot 2015-09-17 at 8.08.02 AM

Gambar remaja itu yang ditahan dengan tangan bergari dan memakai baju dengan logo Nasa telah di retweet beribu kali. Dalam masa beberapa jam sahaja, hashtag “#IStandWithAhmed” menjadi top trend hashtag di twitter.

Turut meluahkan sokongan ialah, Hillary Clinton. Melalui twitter, beliau menegaskan bahawa andaian dan ketakutan tidak membuatkan kita selamat, malah membawa kita ke belakang.

Screen shot 2015-09-17 at 8.07.44 AM

Hobi saya adalah mencipta barang

I made a clock. It was really easy. I wanted to show something small at first… they took it wrong so I was arrested for a hoax bomb

Jawapan daripada Ahmed, semasa ditemu ramah oleh The Dallas Morning News. Video temuramah beliau dimuat naik di laman web akhbar tersebut dengan berlatar belakangkan bilik yang dipenuhi barang-barang elektronik.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber