Pengenalan oBike pada tahun 2017 yang lalu merupakan salah satu usaha untuk menjadikan Kuala Lumpur bandaraya hijau nampaknya kini berubah menjadi satu kegagalan besar. Rata-rata basikal oBike kini terbiar persis besi buruk dan dilonggokkan di depot Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras.

Projek yang sepatutnya digunakan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara kini hanya sia-sia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kegagalan ini berpunca daripada kegagalan pihak syarikat yang menyelia oBike dan sikap masyarakat itu sendiri. Sebelum ini, orang ramai kerap mempersoalkan kegagalan oBike (M) Sdn Bhd dalam mengawal selia kemudahan tersebut baik dari segi keadaan basikal tersebut sendiri sehingga kegagalan aplikasi oBike itu sendiri.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dalam satu kenyataan telah memberi peringatan kepada syarikat tersebut untuk mengambil kesemua jumlah longgokan terbiar sehingga pertengahan bulan April ini. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan pihak DBKL terpaksa melupuskan atau menjual bahagian basikal kepada pihak tertentu.

Kegagalan ini bukanlah kali pertama buat pihak oBike malah di negara lain seperti Australia dan ibu negara Itali juga menerima nasib yang sama. Perkara ini dipercaya juga berpunca daripada syarikat tersebut yang gagal memperbaiki perkhidmatan.

Sumber