Zaman serba canggih ini terdapat pelbagai reka bentuk powerbank dijual mengikut kemahuan orang ramai. Ada yang dijual dalam reka bentuk yang minimalis, bahkan ada yang dijual dalam bentuk seakan-akan seperti bentuk barangan yang lain.

Pada tengah hari semalam, ada seorang lelaki mendakwa pekerja kontraktor beliau telah menemui sebuah ‘bom tangan’ selepas mengorek longkang kawasan pembinaan di TRX.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau terus menghubungi nombor telefon 999 untuk memaklumkan penemuan sebuah ‘bom tangan’ di kawasan pembinaan. Oleh kerana operator pusat panggilan tersebut ‘tidak memahami’ apa beliau cuba sampaikan, beliau segera menelefon Balai Polis Pudu.

Pihak polis Pudu meminta beliau melaporkan perkara itu kepada IPD Dang Wangi kerana kawasan pembinaan TRX berada di bawah seliaan Balai Polis Dang Wangi.

vocket-lelaki-polis-kena-prank-bom-5
Sumber Gambar: Facebook Mohd Nurul Syuhada

Lebih kurang 30 minit panggilan telah dibuat, dua biji Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sampai ke tempat kejadian setelah menerima laporan untuk datang ke situ. Sementara menunggu kehadiran pasukan MPV sampai, polis URB meninjau ‘bom tangan’ tersebut dari jauh dan minta pekerja jangan masuk ketika itu.

Sekitar pukul 1 petang, pasukan MPV telah sampai lalu bergegas memasang pelekat kuning ‘Do Not Cross’ di sekitar tempat kejadian dan meninjau ‘bom tangan’ sambil menunggu kehadiran pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB).

vocket-lelaki-polis-kena-prank-bom-6
Sumber Gambar: Facebook Mohd Nurul Syuhada

Sampai sahaja pasukan UPB, mereka segara pasangkan pelekat keliling ‘bom tangan’ tersebut bagi mengelakkan pin bom terkeluar. Kemudian, ia dimasukkan ke dalam satu beg khas dan bawa masuk ke dalam ke dalam kenderaan UPB.

Pegawai yang berada di tempat kejadian memaklumkan selalunya apabila mereka menerima kes seperti ini, bom tersebut akan dimusnahkan pada hari yang sama. Sementara itu, mereka sedang menunggu arahan seterusnya daripada ketua mereka yang akan datang ke tempat kejadian.

vocket-lelaki-polis-kena-prank-bom-4
Sumber Gambar: Facebook Mohd Nurul Syuhada
vocket-lelaki-polis-kena-prank-bom-1
Sumber Gambar: Facebook Mohd Nurul Syuhada

Dalam masa sepuluh minit, kawasan kejadian dihadiri oleh pasukan forensik, polis ‘tiga paku’ dan ketua Unit Pemusnah Bom (UPB). Ketua UPB cuba meneliti ‘bom tangan’ tersebut dan mengesahkan ianya bukanlah bom tetapi hanyalah sebuah powerbank.

Menurut lelaki ini, beliau dapat melihat riak wajah ‘kehampaan’ pada kesemua anggota keselamatan (sekitar 20 orang) yang berada di tempat kejadian setelah menyedari mereka semua sudah kena ‘prank’ dengan sebuah powerbank berbentuk ‘bom tangan’.

Selepas itu lelaki ini diminta untuk membuat satu laporan polis ekoran kes ‘bom’ ini yang telah mengambil masa sekitar dua jam untuk memusnahkan ‘bom tangan’ tersebut.

vocket-lelaki-polis-kena-prank-bom-7
Sumber Gambar: Shopee
vocket-lelaki-polis-kena-prank-bom-8
Sumber Gambar: Shopee

Lelaki ini turut mendakwa hasil cariannya di aplikasi Shopee, memang terdapat sebuah jenama dari China yang menjual powerbank berbentuk ‘bom tangan’ sehingga kehabisan stok.

Walaupun semua pihak kena ‘prank’ ketika kejadian itu berlaku, lelaki ini memuji semua anggota polis yang terlibat telah melaksanakan tugas sangat cemerlang untuk memastikan ‘bom tangan’ tersebut berjaya dimusnahkan.

Baca lagi artikel-artikel minggu ini yang menjadi pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.

Didakwa Pukul Warga Asing, Polis Buru Yusuf Azmi Dan Pengikutnya

Netizen Kecam Tindakan Pemandu BMW Langgar ‘Abang RELA’ Di Hadapan Sekolah

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Sumber