Sejak kebelakangan ini hangat dengan watak superhero dari Marvel sahaja. Bagaimana pula dengan watak dari DC Comics? Di sini kita akan berkenalan dengan watak superhero Malaysia pertama dari DC Comics. Ya, beliau dari Malaysia dan bernama Munira Khairuddin!

Mungkin sesetengah pembaca komik DC sudah mengenali Munira. Munira ‘Muni’ Khairuddin muncul buat pertama kali dalam komik Batgirl #32, membawa watak pakar seni mempertahankan diri dan seorang spy. Nama samaran beliau adalah ‘Obscura’. Watak Obscura ini dicipta oleh Gail Simone dan Fernando Pasarin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Munira Khairuddin (Obscura) memegang pistol dalam cover depan Batgirl #33
Munira Khairuddin (Obscura) memegang pistol dalam cover depan Batgirl #33

Munira dan Barbara Gordon (Batgirl) adalah kawan baik ketika mereka bersama-sama belajar di Gotham University. Bagaimanapun Munira meninggalkan tempat belajar mereka secara mengejut dan Barbara berpendapat bahawa kawannya itu sudah mati. Tetapi Ketika Gordon berusia 18 tahun, baru dia tahu bahawa Muni sebenarnya telah direkrut masuk ke satu kumpulan elit anti-pengganas. Dan kisah kematian Munira sebenarnya dirancang.

Wow, menarik bukan? Watak Obscura ini mirip watak Black Widow dari Marvel. Bagi yang masih skeptikel tentang latar belakang Muni, penulis untuk siri Batgirl ini, Gail Simone sendiri menjawab persoalan ini. Watak ini memang berdasarkan seorang wanita Malaysia yang bernama Munira Mustaffa. Beliau adalah seorang scholar dalam bidang anti-keganasan dan keselamatan.

Nampaknya sudah ada orang Malaysia dalam DC Universe. Mana tahu, watak ini bakal dikembangkan oleh pihak DC Comics. Kemungkinan untuk watak ini dikembangkan agak kecil kerana Munira adalah watak baru dalam dunia DC Universe. Bagi anda, siapa yang layak untuk memegang watak Obscura ini?