Sebut mengenai New York, pasti ramai yang cukup tahu di mana metropolitan ini merupakan antara lokasi dengan kos hidup tertinggi di dunia. Dalam pada itu, semua itu bukanlah suatu masalah buat seorang wanita yang dikenali sebagai Kate Hashimoto di mana sekadar membelanjakan sebanyak $200 (~RM827) sebulan.

Perbelanjaan kos hidup beliau yang rendah ini berjaya dicapai menerusi sikap beliau yang sangat obses untuk berjimat serta memilih untuk tidak mengeluarkan wang melainkan keperluan mendesak.

Menerusi perkongsian beliau dalam rancangan TLC Extreme Cheapskates, beliau memaklumkan sudah menetap di New York selama tiga tahun dan mengamal ‘cara tersendiri’ untuk berjimat.

Dilaporkan beliau lebih memilih untuk mencari makanan dalam tong sampah bagi mengelakkan untuk membuat perbelanjaan. Malah, beliau cuma akan keluar makan bersama rakannya sekirannya rakannya bersetuju untuk belanja beliau sahaja.

Mengulas dari segi kehidupan di rumah, beliau mengakui mengamalkan kehidupan yang minimalis dan unik. Perabot, katil dan tilam di rumahnya diperoleh secara percuma menerusi tempat buangan manakala meja makan beliau sekadar dialas dengan menggunakan buku dan majalah lama sahaja.

Tidak pernah membeli pakaian dalam sejak dari tahun 1998

Lebih mengejutkan ramai, Kate mengakui sudah lebih lapan tahun tidak pernah membeli pakain baharu serta tidak berbelanja mendapatkan pakaian dalam baharu sejak dari tahun 1998. Beliau juga tidak berminat untuk membeli tisu kerana berpendapat barangan tersebut boleh didapati secara percuma di tandas awam.

Kate juga dilaporkan tidak berbelanja di dobi kerana perlu mengeluarkan wang beliau sendiri sebanyak $3 (RM12.41) sebaliknya akan menggunakan tandas awam untuk membasuh pakain beliau.

Sanggup menjadi gelandangan pada waktu malam
Sumber: daily mirror

Meskipun bergelar akauntan, beliau tidak sanggup menggunakan wang beliau untuk membeli makanan sebaliknya memilih untuk menjadi gelandangan pada waktu malam bagi mendapatkan bekalan makanan.

Difahamkan masih terdapat makanan berkualiti tinggi termasuk makanan organik dan makanan yang sudah siap dimasak menerusi pencarian beliau di tong sampah.

Walau bagaimanapun, beliau turut memaklumkan hanya mengambil makanan dari tong sampah yang berada dalam keadaan tertutup bagi mengelakkan daripada kotoran.

Kehidupan beliau yang obses dengan berjimat membolehkan beliau hanya berbelanja sebanyak $200 (RM827) sebulan berbanding kos sebenar iaitu sebanyak $1,300 (RM5,377). Gaya hidup beliau nyata membuatkan orang ramai terkejut serta tidak dapat membayangkan kehidupan seharian beliau yang terlalu obses dengan berjimat dan tidak menggunakan wang beliau sendiri.

Tular pada hari ini apabila seorang personal shopper dakwa beg tangan beliau dicuri pusat kurier selepas pelanggan beliau hanya menerima sebuah kotak sahaja.

Hanya Hantar Kotak, Penjual Ini Dakwa Beg Tangan Bernilai RM35,000 Dicuri Pusat Kurier

‘Dari Jauh Je Berani Sotong’- Sharnaaz Sahut Cabaran Caprice Untuk Bersemuka

Sumber