Hong Kong Disneyland mungkin sudah menjadi lokasi pelancongan yang biasa kita dengar, buat anda yang ingin bertukar selera sedikit lain dari kebiasaan bila berkunjung ke Hong Kong, kami cadangkan anda ke Ocen Park.

Ocen Park merupakan taman hiburan laut yang sudah beroperasi selama 40 tahun. Terletak di bahagian selatan pulau Hong Kong dengan keluasan kawasan lebih dari 915.000 meter persegi, Ocen Park menawarkan dua tarikan utama kepada para pengunjung iaitu Waterfront dan Summit. Menariknya, kedua arena ini dihubungkan melalui kereta kabel (cable car) dan Ocen Express, iaitu sebuah kereta unik berbentuk seperti kapal selam.

Menjelang kehadiran musim panas, Ocen Park kali ini memperkenalkan tema baru mereka iaitu Fun Wet & Wild Sand Party di mana para pengunjung dapat bermain di arena khas yang telah diubahsuai menjadi taman air buatan yang dilengkapi dengan pasir pantai. Nak berjemur dan basah puas-puas? Ocen Park tempat paling meriah untuk anda santai pada musim panas tahun ini. Permainan dekat sini pun semuanya best-best belaka.

1

2

4

Dapatkan maklumat lanjut tentang peta, permainan dan tempahan tiket di sini.