Off-White™ Kuala Lumpur telah melancarkan koleksi kedua bagi kapsul “REFLECTIVE” baru-baru ini. Koleksi ini berbeza dengan koleksi Off-White™ yang lain kerana grafiknya diperbuat daripada material 3M bagi menghasilkan efek pantul cahaya.

https://www.instagram.com/p/BudCH-ol-da/

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BuiE85ElRDi/

Koleksi ini akan hadir dengan Off-White™ baju lengan panjang dan pendek, jaket, tali pinggang, phone case dan juga topi dan dijual pada harga sekitar RM500 untuk phone case sehingga RM2,000 untuk jaket.

Koleksi ini sudah mula dijual sejak awal bulan Mac dan hanya dijual secara eksklusif di butik Off-White™ Kuala Lumpur dan tidak di cawangan Off-White™ yang lain. Disebabkan ianya terhad, mungkin ada barangan dalam koleksi ini yang sudah “SOLD OUT”. Boleh terus ke butik Off-White™ Kuala Lumpur untuk membeli.