Menerusi laporan Lyst, Off-White menjadi jenama paling hot berikutan carian untuk Off-White melalui data dan statistik seluruh dunia meningkat hari demi hari.

Dalam laporan itu juga mengatakan bahawa, hanya dalam tempoh 3 bulan, carian untuk Off-White telah meningkat sebanyak 14 peratus pada suku tahun di laman tersebut. Malah, trafik pembelian produk Off-White dalam talian meningkat sebanyak 10 peratus pada bulan Ogos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BpYmj7-AKRx/?hl=en&taken-by=off___white____kualalumpur

Off-White yang banyak berkolaborasi dengan jenama popular seperti Nike mungkin menjadi faktor utama jenama tersebut digilai ramai. Selepas Off-White Gucci pula menduduki tempat kedua, diikuti oleh Balenciaga, Nike dan Prada.

Dalam masa kurang 10 tahun, Off-White sudah mengalahkan jenama fesyen mewah seperti Prada dan Dior dari segi populariti. Daripada laporan ini, jelas menunjukkan semakin ramai yang sudah boleh menerima jenama streetwear ciptaan Virgil Abloh ini.