Off-White ™ baru sahaja melancarkan pelbagai aksesori perhiasan yang terdiri daripada cincin, gelang dan anting-anting yang sesuai untuk lelaki dan wanita.

Virgil Abloh turut menerapkan motif industri dalam rekaan beliau dengan perhiasan cincin versi hex nut-inspired dan anting-anting yang direka khas dalam bentuk rantai kunci.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Aksesori perhiasan yang lain pula turut dihasilkan dalam konsep mewah dengan pilihan elemen emas atau perak yang direka dengan enamel dan perincian berlian. Antara aksesori yang lain termasuklah Arrow, Sweetheart dan Mini Hoop dalam bentuk gelang, anting-anting dan cincin.

Perhiasan Off White vckt

Koleksi perhiasan Off-White ™ ini akan berada di butik-butik utama dan stokis terpilih di Perancis pada musim panas yang bakal tiba nanti.

Anda Mungkin Suka