Sempena menyambut kedatangan Virgil Abloh ke Louis Vuitton sebagai pereka fesyen pakaian lelaki, pereka fesyen dari New York Ceeze, RelevantCustoms dan Richierange telah bekerjasama menghasilkan kasut Air Jordan 1 edisi istimewa. “Off-Louis” ini telah direka mempunyai tandatangan jenama Louis Vuitton pada bahagian atas kasut ini.

Ciri-ciri lain pada kasut ini mengingatkan kami kolaborasi Virgil Abloh sendiri bagi model Air Jordan 1 bersama Nike, termasuk dengan tandatangan jenama Off-White™ pada bahagian tepi kasut ini serta kesan jahitan yang terdedah pada bahagian logo swoosh. Selain itu, pereka kasut ini turut menyertakan tulisan 'LOUIS' dan 'VUITTON' dibahagian tepi kasut.

Kasut edisi istimewa ini bakal dihasilkan dalam 10 unit sahaja dan anda boleh dapatkannya di laman web Ceeze’s dengan harga sekitar $4000 (RM 15,506) pada 14 April ini. Memandangkan ianya hanya ditawarkan dalam 10 unit, harga resell yang lebih tinggi antara yang dijangkakan.

nike-off-white-louis-vuitton-air-jordan-1-customs-2

nike-off-white-louis-vuitton-air-jordan-1-customs-3

nike-off-white-louis-vuitton-air-jordan-1-customs-4

nike-off-white-louis-vuitton-air-jordan-1-customs-5

nike-off-white-louis-vuitton-air-jordan-1-customs-6