Off-White™ Kuala Lumpur menerusi laman Facebook mereka telah mengumumkan “NIKE RAFFLE” untuk peminat peminat sneakers di Malaysia. Sebanyak 2,500 tiket raffle akan diagihkan kepada bakal pembeli untuk 31 pasang kasut Nike “THE TEN” yang mana keberangkalian untuk menang cuma 0.0124.

Pendaftaran untuk raffle bermula pada 12 tengahari, 22 Disember 2017 iaitu hari Jumaat ini. Bagi yang berminat untuk membeli anda boleh beratur seawal jam 8 pagi. Raffle ini eksklusif untuk rakyat Malaysia di mana anda perlu menunjukkan kad pengenalan. Dokumen lain seperti lesen memandu, passport, visa tidak akan diterima.

Untuk maklumat lanjut tentang raffle ini boleh lihat di Facebook Off-White™ Malaysia. Di bawah ialah lokasi butik, senarai kasut, harga dan saiz yang sedia dijual. So cop or drop?

Lokasi:

Off-WhiteTM Kuala Lumpur
Unit G36, Starhill Gallery
181 Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur 55100, Malaysia

Saiz yang ada:

AIR VAPORMAX Harga: RM 1,000
Saiz: US 9.5, 10, 11, 12

AIR JORDAN 1 Harga: RM 760
Saiz: US 9, 10, 13

HYPERDUNK Harga: RM 800
Saiz: US 8.5, 9, 9.5, 10

AIR MAX 97 Harga: RM 760
Saiz: US 9.5, 12, 13

ZOOMFLY Harga: RM 680
Saiz: US 8, 9, 10

AIR FORCE 1 LOW Harga: RM 669
Saiz: US 7, 8, 9

AIR PRESTO Harga: RM 629
Saiz: US 8, 9, 12, 13

AIR MAX 90 Harga: RM 629
Saiz: US 7.5, 9, 9.5, 11

BLAZER MID Harga: RM 519
Saiz: US 8, 9, 10

Off White