Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Virgil Abloh meneruskan kejayaan tahun 2017 dengan memperkenalkan kasut dengan rekaan terbaru beliau. Pada model kali ini Off-White™ telah membuat beberapa perubahan pada model high cut dan low cut.

Bagi pilihan rekaan versi high cut, anda boleh mendapatkannya dengan pilihan warna hitam dan putih dimana kedua-duanya dibuat daripada rekaan kulit yang berkualiti tinggi. Setiap versi didatangkan dengan logo khas trademark Off-White™ di bahagian tengah serta industrial belt strap di pergelangan kaki.

Untuk versi low cut pula Industrial tape disertakan pada bahagian lidah kasut bagi menampilkan keunikan sneakers keluaran Off-Whiteâ„¢. Kasut ini juga dibuat daripada kulit dan setiap pasang didatangkan khas dengan tambahan tali kasut, dust bag, dan zip tie Off-Whiteâ„¢.

Versi model low cut ini dijual dengan harga $595 (~RM 2,395.17) dan untuk model high cut di jual dengan harga $630 (~RM 2536). Ada yang berminat?

off-white-new-spring-summer-2018-footwear-01

off-white-new-spring-summer-2018-footwear-03

Anda Mungkin Suka