Virgil Abloh meneruskan kejayaan tahun 2017 dengan memperkenalkan kasut dengan rekaan terbaru beliau. Pada model kali ini Off-White™ telah membuat beberapa perubahan pada model high cut dan low cut.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Bagi pilihan rekaan versi high cut, anda boleh mendapatkannya dengan pilihan warna hitam dan putih dimana kedua-duanya dibuat daripada rekaan kulit yang berkualiti tinggi. Setiap versi didatangkan dengan logo khas trademark Off-White™ di bahagian tengah serta industrial belt strap di pergelangan kaki.

Untuk versi low cut pula Industrial tape disertakan pada bahagian lidah kasut bagi menampilkan keunikan sneakers keluaran Off-White™. Kasut ini juga dibuat daripada kulit dan setiap pasang didatangkan khas dengan tambahan tali kasut, dust bag, dan zip tie Off-White™.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Versi model low cut ini dijual dengan harga $595 (~RM 2,395.17) dan untuk model high cut di jual dengan harga $630 (~RM 2536). Ada yang berminat?

off-white-new-spring-summer-2018-footwear-01

off-white-new-spring-summer-2018-footwear-03