Berjaya menempa nama dengan kolaborasi bersama Nike melalui siri ‘The Ten’, Virgil Abloh pada kali ini meneruskan masterpiece beliau dalam membawakan siri terbaru yang Diperkenalkan sebagai ‘Natural Habitat’.

Produk yang ditampilkan Off-White™ pada kali ini telah menggabungkan elemen warna pelangi bersama rekaan trademark jenama hype ini.

Virgil Abloh telah memilih produk trademark Off-White™ iaitu industrial belt, t-shirt dan beg untuk ditawarkan melalui siri ‘Natural Habitat’. Buat para peminat Off-White™, gaya penulisan yang sangat obvious daripada Virgil Abloh pastinya antaranya yang boleh anda jangkakan.

Kesemua barangan terbaru daripada Off-White™ ini bakal mula dijual secara eksklusif di Dover Street Market Ginza pada 17 Februari. Harga yang menjangkaui akal antara yang dijangkakan memandangkan barangan ini cuma ditawarkan di Ginza, Tokyo.

off-white-natural-habitat-dover-street-market-ginza-1

off-white-natural-habitat-dover-street-market-ginza-2

off-white-natural-habitat-dover-street-market-ginza-3

off-white-natural-habitat-dover-street-market-ginza-4

off-white-natural-habitat-dover-street-market-ginza-5

off-white-natural-habitat-dover-street-market-ginza-6