Setiap pasang kasut yang dihasilkan dalam koleksi Off-White x Nike semestinya akan laku keras dan biasanya akan sold out pada hari pertama ianya dilancarkan. Harga kasut-kasut juga pasti akan meningkat naik dan mengikut harga pasaran.

Namun nampaknya Lazada ada menjual model Off-White x Air Jordan 1 ‘UNC’ pada harga yang sangat menarik. Siap ada tawaran diskaun lagi. Anda perlu berhati-hati kerana model yang dijual ini adalah palsu walaupun dinyatakan barang yang dijual adalah original.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lazada Off White.jpg comparison

Bagaimana untuk tahu sesuatu kasut yang dijual itu palsu? Pertamanya adalah daripada gambar produk berkenaan. Ianya diambil dari laman reseller StockX dan biasanya di StockX, saiz kasut adalah sangat terhad. Tidak di laman Lazada ini di mana penjual menawarkan hampir setiap saiz.

Lazada Off White flight Club
Harga model ini di laman Flight Club
Lazada Off White
Harga kasut Off White x Air Jordan 1 UNC di Lazada

Kedua pastinya harga. Untuk memeriksa harga pasaran untuk apa-apa kasut kolaborasi, anda boleh ke laman Flight Club. Sebagai perbandingan, harga pasaran untuk model ini adalah USD940 (~RM3,850) manakala di Lazada, model ini cuma dijual dengan harga RM299 sahaja.

Ketiga, jika harga yang ditawarkan tidak masuk akal murahnya, pasti item berkenaan palsu. Model kolaborasi Off-White x Nike lain turut dijual dengan harga yang sangat murah di Lazada dan kami yakin semuanya palsu.

Jangan terpedaya dengan penjual yang mahu kaut keuntungan dengan menjual barangan yang dikatakan tulen. Anda sebagai pembeli juga perlu bijak mengenal pasti produk yang anda mahu beli supaya tidak kecewa di kemudian hari. Semoga anda tidak terkeliru dan membeli barangan yang fake di laman atas talian.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.