Nampaknya ada berita baik peminat kasut Converse di Malaysia kerana kasut kolaborasi Off-White™ x Converse Chuck 70 bakal memasuki pasaran Malaysia. Ini merupakan model kolaborasi kedua antara Off-White™ dan Converse.

Pengumuman kasut kolaborasi ini dibuat menerusi laman rasmi jenama Converse di Instagram. Seperti model yang pertama, model ini juga akan dijual secara terhad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Off-White™ x Converse Chuck 70 dijual di Crossover secara raffle Isnin depan. Anda boleh mengambil raffle untuk membeli kasut ini bermula hari ini di Crossover. Pengumumam untuk siapa layak membeli kasut ini akan diumumkan secara atas talian.

Kasut ini akan dijual pada harga RM629. Jadi pada anda yang terlepas untuk model yang pertama, boleh ke Crossover Sunway untuk ambil tiket raffle pada hari ini. Cepat sebelum tiket raffle ini habis diedarkan.

https://www.instagram.com/p/BoeFnguDR7P/?utm_source=ig_embed

off-white-converse-chuck-taylor-white-black-cone-orange-store-list

off-white-converse-chuck-taylor-white-black-cone-orange-store-list-2

off-white-converse-chuck-taylor-white-black-cone-orange-store-list-3