Butik jenama antarabangsa Off White baru sahaja dibuka kepada umum secara rasmi hujung minggu lalu. Menurut laman Masses, koleksi edisi khas Off White bersama Nike akan dijual hujung minggu ini!

Untuk anda yang mahu membeli kasut koleksi “The Ten” pada harga retail, inilah masanya. Buat masa ini, harga pasaran untuk koleksi ini dijual hampir 3 kali ganda harga asal bergantung kepada sesuatu model. Yang menjadi rebutan pastinya model Nike Air Jordan 1, Presto dan VaporMax.

Off White

Buat masa ini, ianya akan dijual dengan cara raffle. Tidak pasti sama ada setiap model “The Ten” dan berapa pasang kasut yang akan dijual pada hujung minggu ini. Buat masa sekarang, anda boleh ikuti laman Instagram Off White Kuala Lumpur untuk sebarang maklumat lanjut tentang koleksi kasut “The Ten” ini. Adakah anda beratur untuk kasut ini hujung minggu nanti?

https://www.instagram.com/p/Bc1lnVjFbwO/?hl=en&taken-by=off___white____kualalumpur