
Menerusi laman Masses, Off-White™ bakal melancarkan satu baju khas untuk pasaran Malaysia.
Ianya akan dilancarkan pada 24 April depan dan bukan itu sahaja, kasut yang dinanti-nantikan, Off-White™ x Nike Vapormax turut akan dilancarkan minggu hadapan. Ballot untuk pembelian kasut ini akan dibuat pada 25 April dan ballot akan diundi pada 26 April.
Tiada bilangan jumlah ballot yang akan diberikan ketika ini dan segala pengumuman lanjut, boleh ikuti laman Instagram Off-White™ Kuala Lumpur.