Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat sudah menjadi kebiasaan buat para peniaga mempromosikan produk yang ditawarkan menerusi Facebook Live. Mempunyai jumlah pengguna yang ramai serta mudah untuk dikongsikan pada Facebook Group antara yang membuatkan medium ini menjadi pilihan.

Di sebalik pelbagai cara yang digunakan orang ramai menerusi platform Facebook Live, para netizen nampaknya tertarik dengan usaha wanita ini yang menggunakan bahasa isyarat dalam mempromosikan kudap-kudap daripada jenama Chemilan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sepanjang live selama hampir sejam yang dibuat, wanita ini dilihat mempromosikan pelbagai produk yang seperti cookies, popcorn dan juga sambal goreng crunchy di bawah rangkaian jenama yang ditawarkan.

Usahanya untuk menjalankan Facebook Live nampaknya turut membuatkan orang ramai bangga dengan usaha gigih dan kecekalan wanita ini sekaligus membuatkan para netizen mendoakan agar wanita ini dimurahkan rezeki.

https://twitter.com/Safiahidzhil/status/1372985128402653184

Usaha yang ditunjukkan wanita ini secara tidak langsung membuktikan Orang Kurang Upaya (OKU) juga mampu berniaga dengan cara mereka tersendiri. Buat anda yang berminat untuk menyokong produk yang ditawarkan wanita ini, anda boleh lawati laman Facebook beliau dengan klik di sini.

Tular pada minggu ini apabila muncul instafamous yang mengajar netizen cara-cara merentas negeri untuk berbulan madu. Turut dikongsikan, pelajar tingkatan lima di Melaka dikenakan kompaun RM10,000 gara-gara gagal imbas kod MySejahtera.

Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang

Gagal Imbas Kod MySejahtera, Pelajar Tingkatan Lima Di Melaka Dikompaun RM10,000