Bagaikan satu petanda yang positif buat industri perfileman negara, filem Ola Bola sehingga kini dilihat sudah berjaya mengutip RM16 juta sepanjang 39 hari tayangan dan terus mendapat sambutan di pawagam.

Filem ini juga merupakan karya karya arahan Chiu Keng Guan yang juga merupakan pengarah filem The Journey yang sebelum ini berjaya mengutip RM17.3 juta. Setakat ini kutipan terbesar masih lagi dipegang oleh Polis Evo iaitu sebanyak RM18 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik lagi, filem Ola Bola juga akan menemui khalayak antarabangsa apabila ia diundang menyertai Festival Filem Fantastik Golden Horse Taipei, sekitar 8 dan 17 April depan.

Filem Ola Bola adalah filem mengenai pasukan bola sepak negara yang terdiri daripada pemain pelbagai bangsa pada era 1980-an yang berdepan dengan pelbagai konflik tersendiri.