Akhirya teka teki peminat Manchester United terjawab apabila Ole Gunnar Solskjær pada hari ini telah dilantik sebagai pengurus rasmi Manchester United selepas berjaya membawa keputusan yang cemerlang sebelum ini.

Ole Gunnar Solskjær dilantik sebagai pengurus rasmi Manchester United menggantikan Jose Mourinho dengan kontrak tiga tahun. Perlantikan beliau sebagai pengurus sekaligus melenyapkan spekulasi dimana tempat beliau bakal digantikan oleh Mauricio Pochettino dan Massimiliano Allegri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2019_03_manchester-united-ole-gunnar-solksjaer-permanent-manager-1

Sepanjang mengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjær cuma tewas sekali di dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Kemenangan paling ikonik buat beliau sepanjang mengurus Manchester United sudah pastinya sewaktu bertemu Paris Saint-Germain di Le Parc des Princes yang melihat Manchester United layak ke pusing suku akhir Uefa Champions League.

Berjaya menjadi wira ikonik dalam kemenangan Uefa Champions League 1999, Ole diharap mampu mengembalikan zaman kegemilangan Manchester United kembali. Persoalannya, Mampukah Ole membawa Mancheseter United seakan era Sir Alex Ferguson kembali?