Saya dan Yilyn Chan membawa selembar bendera besar ke kedai mamak berhampiran rumah malam ini. Semasa saya sedang bersusah payah menaikkan bendera, seorang Uncle datang menolong saya.

maxresdefault
HYPE
Apa Yang Best Sangat Dengan Cabaran Red Bull Sehingga Menjadi Ikutan Netizen
Baca lagi →

Saya juga telah membawa 20 bendera mini untuk dikongsikan bersama penyokong-penyokong lain kerana saya pasti kedai ini akan penuh.

william-cheah-01

Ketika edaran, sewaktu bendera tinggal sedikit, seorang lagi Uncle memanggil saya. Ketika saya menyerahkan bendera, Uncle itu berkata, “I love Malaysia.”

Walaupun kami (dan seluruh rakyat Malaysia) tidak dapat meraikan kejayaan emas malam ini, sebenarnya kita telah menang dalam banyak perkara.

Sukan sepatutnya menyatukan kita. Terutamanya sebagai sebuah negara.

william-cheah-02

Saya bertanya kepada diri sendiri apakah perkara yang menyebabkan seorang yang tidak pernah dikenali menolong saya. Ataupun seorang asing menyerlahkan patriotismanya kepada orang asing lain.

Saya bertanya kepada diri sendiri berapa ramaikah di antara kita menyatakan penghargaan terhadap Malaysia secara terbuka pada zaman ini? Dengan penuh rasa bangga? Saya rasa kita patut melakukannya, dengan lebih kerap. Mungkin peristiwa ini adalah satu peringatan buat kita semua.

william-cheah-03

Saya bertanya kepada diri sendiri berapa kerap kita menyokong warga Malaysia yang lain tanpa mempersoalkan soal bangsa dan agama? Atau menerima perwakilan daripada our fellow countrymen hanya semata-mata mereka adalah yang paling layak di antara kita.

Tidak. Malam ini kita tidak kalah. Cuma, kita hanya tidak memenangi Emas. Tetapi kita semua memenangi peluang untuk menjadi satu pada saat itu.

Terima kasih #TeamMalaysia. Berbanyak-banyak terima kasih kepada Goh dan Chan.

Kamu berdua membuat kami berasa gembira. Kamu membuat kami menjadi satu.

Penulisan ini telah dialih bahasa oleh editor The Vocket.

Artikel di atas disumbangkan oleh William Cheah. Aktivis. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group