Negara kita dah banyak sangat cerita sedih. Hari ni aku nak kongsi satu cerita hebat seorang kanak-kanak Malaysia bernama Omar Raiyan Azlan.

Baru-baru ini, aku dapat berborak panjang dengan kawan yang menceritakan perihal seorang kanak-kanak Malaysia berumur 11 tahun, bernama Omar Raiyan Azlan seorang rakyat Malaysia yang sekarang ini sedang bersekolah di Al Yasmina International School, Abu Dhabi.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Kawan aku ini dulu dia kerja lama di Abu Dhabi, jadi dia kenal rapat dengan keluarga Omar ini, kenal Omar ini dari kecil.

Omar ini sukses dalam multi-discipline. Dia hebat matematik, kemahiran analitikal, muzik, bola sepak dan renang. Kehebatan dia bukan biasa-biasa, dia luar biasa.

Dalam matematik, Omar ini dapat sertai sekolah rendah Olympiad, dan selama bertahun mendapat tempat pertama untuk matematik di sekolah dia yang dipenuhi rakyat pelbagai negara dari Asia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika.

Mula-mula aku skeptikel, aku cakap:

Alaahh Math terer (hebat) kat sekolah ni ramai budak Malaysia kat sini pun terer

Kawan aku terangkan lagi, sekolah Al Yasmina ini antara top notch international school di sana. Maksud dia macam ini, di Abu Dhabi ada berlambak sekolah antarabangsa, dan Al Yasmina ini ranked antara yang terbaik (band A school). Macam di Malaysia ini kau dapat top matematik di sekolah top 10 Malaysia, haa macam tu.

Bukan setakat matematik, analytical skill pun dia hebat, umur 11 tahun dan boleh selesaikan kiub rubik, masa terbaik dia 40 saat.

Kau boleh main kiub rubik hebat macam tu? 40 minit pun belum tentu boleh selesaikan ya tak.

Bab matematik dan kemahiran analitikal ini aku beritahu kepada Duan, ramai juga budak lain boleh buat. Selalunya mereka ini mat study dan nerd. Cuma bab nombor 1 Mathematics top school dan boleh selesaikan kiub rubik dalam masa 40 saat memang benar-benar hebat lah.

Duan ‘kahkahkah’ ke aku bila aku buat remark macam tu.

malaysia 04

Omar ni bukan nerd. Dia power bola. Umur dia 9 tahun dah dapat dapat masuk pasukan ManCity Abu Dhabi. Duan sambung steady.

Seluruh Abu Dhabi ini ada beribu-ribu budak sekolah, dan dalam beribu-ribu tu ada dalam 14 orang sahaja yang ManCity pilih untuk masuk dalam kem latihan setiap batch dan jadi sebahagian dari keluarga ManCity.

Pemilihan itu dilakukan oleh management senior team United Kingdom based. Pasukan ni macam junior team kita – kelab-kelab besar Manchester United, Real Madrid, Barcelona dan Liverpool develop pasukan pelapis seawal usia kanak-kanak.

Dengan kata lain, kalau Omar ni (first nine squad, midfielder) betul-betul fokus dan training, dia ada peluang besar untuk main dengan senior squad ManCity beberapa tahun lagi.

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab yang main dalam junior squad ini ramainya budak umur 12-13 tahun, dan Omar ni paling muda mula main umur 9 tahun, main first nine (junior ni main 9 a side) dan lagi power, dia rakyat Malaysia.

malaysia 01

Oh ya, dia juga dapat anugerah Player of The Season (ManCity) tahun lepas, dan 3 kali dapat Player of The Term.

Pehhhh! Budak Malaysia ni.

“Kau cakap dia power renang tadi macam mana pula?” – aku bertanya terus ke renang, mungkin sebab power sangat budak Omar ni main bola sampai tak sanggup nak dengar.

malaysia 06

Rupanya, Omar ni top swimmer di sekolah dia, dan of course lah sebagai top swimmer dia wakili sekolah. Lawan pula peringkat Middle East, dia kumpul semua sekolah seluruh timur tengah lawan renang.

malaysia 02

Dan macam bola sepak juga, Omar kena lawan dengan budak budak 12-13 tahun, dan dia juara! Fastest swimmer di Middle East dalam kumpulan usia dia.

Sangat hebat! Macam bola sepak juga, dia dapat Best Swimmer of The Year 2014 dan 2015. Fuhhh!

“Dan lagi satu…” – Duan sambung.

Rekod masa 50 meter backstroke dia kalau ikut standard antarabangsa US Motivational, dah masuk kategori A.

Maksudnya, Omar ini Olimpik material sebab rekod masa dia in accordance dengan perenang US Olympic masa mereka umur sama dengan Omar dulu.

malaysia 07

Senang cerita, kalau dia fokus je berenang, macam bola sepak juga dia ada peluang besar untuk jadi perenang kelas antarabangsa.

Aku geleng kepala. Rakyat Malaysia ni!

Yang lagi best, Omar ni juga ahli muzik. Dia pick up piano. Baru ni dia menang Young Musician Competition. Dari berpuluh audition, 15 orang masuk semi final, 5 orang masuk final, dan juaranya si Omar untuk primary category.

Ingat tadi aku beritahu, dia ni umur baru 11 tahun. Dia punya main piano level orang ambil diploma dalam course piano. Punyalah hebat! Macam mana nak nilai power Omar ni main piano?

Simple.

Dia lulus theoritical test dan practise test piano yang budak belajar piano level diploma umur 18-20 tahun pun ramai yang fail. Test test muzik ni bukan mudah, kau kena tahu genre muzik, sight reading, composing, music pattern, tempo dan segala advance skill yang rumit.

malaysia 03

Juga, Omar ni bukan setakat lulus ujian semua tu, semua dia skor A. Skill level dia internationally recognized sebab yang observe ni dari Associated Board of The Royal School of Music.

Sekali lagi aku ulang, dia ni anak Malaysia!

Aku harap nanti Omar boleh pick up gitar dan drum juga. Jadi multi instrumentalist. Set up band dan compose lagu-lagu rock. Jadi all-rounder musician macam Dave Grohl, Thom Yorke, atau Adam Levine.

Oh ya, Omar ni juga boleh bertutur dalam 4 bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Perancis.

Apa yang Omar ni achieve pada aku something yang sangat impressive dan wajar kita jadikan inspirasi.

Masih ada harapan kita nak tengok anak Malaysia hebat dan boleh compete at international level macam Omar ni.

malaysia 08

Walaupun sekarang dia tinggal di luar negara (ibu bapa dia bekerja di Abu Dhabi), tapi itu bukan alasan untuk kita di Malaysia tidak rasa bangga dan kita mesti cuba yang terbaik demi melahirkan ramai lagi individu macam Omar ni di bumi Malaysia.

Bila aku dengar cerita ni, aku rasakan masih ramai anak anak Malaysia seusia Omar yang memiliki kebolehan dan bakat yang belum dicungkil.

Mereka perlu dikenalpasti, diberikan peluang, ruang dan sokongan yang lebih luas demi memupuk bakat dan kebolehan sedia ada ke tahap lebih tinggi.

Kita perlukan lebih ramai Omar. Bila buat apa-apa, buat sungguh-sungguh sampai jadi champion, orang kata:

Raise the Malaysian flag high.

Generasi anak watan kita boleh buat lebih baik dari sekadar menari raver dan berlawan dating.

Bangkit anak muda!

Aku tanya Duan: “Macam mana la mak pak dia ajar Omar ni?”

Duan beritahu aku, sibuk macam mana pun Omar ni, sembahyang tak pernah tinggal. Di tepi kolam renang, di bilik persalinan, di mana-mana tempat yang sempat dia akan solat.

Ya. Solat. Di situ resipi kejayaan.

Semoga anak Malaysia yang seorang ni dapat mewangikan nama negara di peringkat dunia suatu hari nanti!

Malaysia masih ada harapan, sekurang-kurangnya dengan seorang kanak-kanak.

Ayuh kita raikan!

Artikel di atas disumbangkan oleh Fdaus Ahmad. TakafulMen. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka