Sebut mengenai Omar & Hana, kami yakin anak-anak anda atau mungkin anda sendiri yang bergelar ibu bapa cukup tahu dengan lagu animasi kanak-kanak yang sangat cool dan catchy ini. Berjaya mengumpul hampir 1.9 juta pengikut di YouTube sekaligus menunjukkan betapa popularnya siri lagu kanak-kanak ini.

Terbaru, menerusi kerjasama bersama Digital Durian dan Astro, Cool Code tampil dengan sebuah aplikasi gaya pembelajaran interaktif dalam menampilkan aplikasi khas buat kanak-kanak berhibur sambil belajar berdasarkan lagu-lagu popular Omar & Hana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui permainan atau game ini, Omar & Hana: On Duty bakal menawarkan tujuh permainan mini bertemakan lagu Islamik melalui rutin harian Omar & Hana. Setiap permainan menawarkan konsep pembelajaran dan permainan yang berbeza dan interaktif. Berikut merupakan tujuh permainan yang tersedia di dalam aplikasi Omar & Hana: On Duty

1. Peti Sejuk

Melalui permainan ini, para pemain atau kanak-kanak bakal membantu Omar menyusun makanan dan minuman mengikut kategori di dalam peti sejuk. Para pemain harus mengenal pasti kategori bagi setiap makanan dan minuman tersebut di dalam peti sejuk.

2. Huruf Hijaiyah

Huruf Hijaiyah

Huruf Hijaiyah merupakan permainan dimana kanak-kanak diajar menulis huruf Hijaiyah dengan mengikut corak huruf Hijaiyah dan mendengar cara sebutan.

3. Kek Cawan

Kek Cawan

Tidak hanya berhibur semata-mata, anak-anak ini turut diuji dengan daya kreativiti dimana mereka berpeluang menghasilkan kek cawan berdasarkan bahan yang dipilih.

4. Kemas bilik

Kemas Bilik

Dalam usia kanak-kanak semakin meningkat naik, pastinya disiplin antara yang harus diterapkan. Melalui permainan kemas bilik, para pemain dilatih untuk mengemas bilik mereka dengan cara mengutip objek yang bertaburan dan kembalikannya ke tempat asal.

5. Wudhu’

Wudhu’

Sekiranya anak-anak anda kerap mendengar lagu interaktif Omar&Hana, kami yakin permainan ini merupakan permainan yang mudah buat mereka. Permainan ini bakal meningkatkan daya ingatan anak-anak dalam mengambil wudhu dengan langkah yang betul.

6. Tanam Pokok

Tanam Pokok

Permainan tanam pokok bakal melatih anak-anak anda untuk berbakti kepada tanah dimana para pemain harus menanam buah-buahan dan sayuran pilihan mereka. Permainan ini bakal menunjukkan bagaimana cara menanam pokok bermula daripada menanam biji benih, membaja, menyiram pokok dan tunggu sehingga pokok tumbuh dan berbuah.

7. Tangkap Buah

Permainan ini memerlukan ketangkasan anak-anak dalam menangkap buah-buahan sebelum jatuh ke tanah. Kutipan buah tertinggi bakal turut dikurniakan masa tambahan sekaligus meningkatkan markah para pemain.

Menerusi permaian Omar & Hana: On Duty, kanak-kanak secara tidak langsung dilatih dan diajar untuk memahami dan mengingati setiap pembelajaran yang dipelajari dengan adanya gambar dan lagu yang menarik. Kanak-kanak bakal turut terhibur sambil mempelajari nilai-nilai dan adab-adab Islam yang dapat diterapkan dalam diri mereka. Menarik bukan?

OHOD App Download

Cool Code OHOD

Buat anda yang berminat untuk memuat turun Omar & Hana: On Duty secara percuma. Aplikasi ini tersedia di Google Play Store dan Apple App Store dimana versi penuh ditawarkan pada harga RM7.90. Anda boleh klik disini untuk memuat turun di Android dan disini untuk iOS.