Filem terbaharu keluaran Astro Shaw, One Cent Thief bakal menemui peminat tidak lagi. Difahamkan bahawa cerita ini dikatakan berdasarkan kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia mengenai kisah pencurian 1 sen.

Bagaimanapun, Aman Shah, salah seorang individu yang pernah menghangatkan negara pada masa lalu dengan kisah 1 sen ini tampil menjawab persoalan netizen, adakah kisah ini berkisarkan tentang beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu hantaran di laman Facebook, Aman mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan dakwaan tersebut, namun beliau tidak secara langsung menyatakan mengenai filem  One Cent Thief lakonan Syafiq Kyle.

Aman Shah respon pertanyaan orang ramai mengenai One Cent Thief

Apa yang disebut oleh Aman adalah. “Cerita-cerita 1 sen kat luar tu adalah fiksyen, takde kena mengena dgn Abg yg masih hidup..dah namanya inspirasi kan,” katanya di dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook peribadi beliau.

Sejak dimuat naik, hantaran ini telah mendapat ratusan respon dari kumpulan pengguna maya dan mendapat banyak perkongsian.

Dalam salah satu komen, seorang netizen bertanya adakah Aman pernah memberi ‘green light’ atau kebenaran untuk pihak produksi membuat cerita ini, Aman hanya membalas pendek dengan simbol ‘X’, di mana bagi rakyat Malaysia, ia bermaksud ‘tidak’.

Walaupun Aman tidak pernah bercerita secara terperinci bagaimanakah kisah 1 sen ini terjadi, namun kisah beliau terlibat dengan jenayah pecah amanah pada sekitar tahun 1990-an dahulu boleh dikatakan menjadi antara salah satu topik bualan hangat, malah sehingga hari ini masih ada yang berbicara mengenainya.

Untuk rekod, Astro Shaw telah melancarkan trailer rasmi siri terbaru One Cent Thief. Ia mengisahkan tentang seorang pekerja bank menjadi jutawan segera selepas menggodam sistem komputer dengan mencuri 1 sen dari setiap akaun pelanggan bank.

Diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dari lakon layar yang ditulis oleh Ariff Zulkarnain sendiri, One Cent Thief menceritakan tentang seorang jurubank bernama Iman Syah, lakonan Syafiq Kyle, yang telah menggemparkan negara pada 30 tahun yang lalu selepas terlibat dalam jenayah siber dengan menggodam sistem komputer bank dan mencuri wang pelanggan tanpa dapat dikesan.

Selain Syafiq Kyle, siri terbaru ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Sofia Jane, Fabian Loo, Amerul Affendi, Sathis Vara, Amir Nafis, Carmen Soo, Fadhli Masoot, dan Rubini Sambanthan.