Manga paling dikenali di seluruh dunia, One Piece telah membuat debut pertamanya pada 1997 menerusi majalah Shonen Jump. Selepas 20 tahun akhirnya manga One Piece dikatakan hampir 80 peratus hampir siap.

Hal ini telah disahkan oleh pelukis manga ini iaitu Eiichiro Oda dalam satu temu bual. “Saya perlukan dua puluh tahun dan cerita itu telah tiba di 80 peratus. Setakat ini, ianya masih kekal sembilan ahli tetap dalam Thousand Sunny,”kata Oda.

https://www.youtube.com/watch?v=h9joW7UyJq8

Walaupun hampir nak tamat, beliau berkata lagi penamat jalan cerita ini masih belum diketahui lagi. Pada 2016 Oda juga telah memberitahu bahawa versi anime kegemaran ramai pula sudah hampir 65 peratus tamat.

Kami menjangkakan manga kegemaran ramai ini mungkin bakal tamat dalam tiga ke empat tahun lagi. Apa pun adakah anda sudah membaca isu terbaru manga One Piece?