Ianya mungkin satu berita gembira buat peminat setia manga hebat One Piece. Produksi Hollywood kini semakin memberi tumpuan dengan karya-karya manga dari Jepun dan karya Eiichiro Oda ini kini dalam radar mereka.

Editor majalah Weekly Shonen Jump, Hiroyuki Nakano membuat pengumuman tentang berita ini ketika sambutan 20 tahun siri hebat One Piece ini. Tak sangka One Piece sudah berusia 20 tahun dan tiada tanda-tanda siri manga ini akan tamat dalam asa terdekat.

Lebih menarik adalah producer di sebalik siri terkenal Hollywood Prison Break, Marty Adelstein akan menemudi projekini. Eiichiro Oda juga akan bersama mengambil bahagian untuk siri adaptasi ini. Adelstein ketika ini sedang mengendalikan siri live-action manga Cowboy Bebop.

Menurut Adelstein, siri ini mungkin akan menjadi siri live action paling mahal yang akan dihasilkan dengan kemungkinan besar bajet adalah dalam skala USD6-10 juta untuk setiap episod.

Berkata kepada Japan Times, Eiichiro Oda mempunyai satu syarat untuk siri adaptasi ini iaitu siri ini tidak akan menghampakan peminat yang sudah menyokong One Piece selama 20 tahun. Tiada tarikh bila siri One Piece ini akan mula pengambaran. Dengan Oda turut terlibat, harap-harap adaptasi One Piece ini tidak mengecewakan.

Sumber