Berjaya menjadi fenomena sejak mula diperkenalkan, siri One-Punch Man nampaknya bakal diteruskan melalui musim kedua. Menariknya, musim terbaru ini hadir lebih awal daripada apa yang diumumkan sebelum ini dimana tarikh terbaru penyiaran siri ini adalah pada April 2019. Meskipun masih lama untuk dinantikan, para peminat nampaknya sudah tidak sabar untuk menantikannya. Tonton trailer terbaru daripada One-Punch Man sempena musim terbaru ini.