Buat peminat Android, jenama Oneplus mungkin tidak asing lagi buat anda. Oneplus 3 yang diumumkan pada Jun yang lalu kini bakal dijual secara rasmi melalui Pihak Brighstar.

Jika anda seorang yang mahukan telefon pintar seakan-akan stock Android, performance yang hebat serta harga yang berpatutan, Oneplus 3 adalah jawapannya.

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →

one-plus-3-2

Dari segi spesifikasi tidak dinafikan Oneplus 3 hadir sebagai sebuah telefon pintar yang mempunyai spec yang terbaru. Menggunakan cip pemprosesan 820 dan RAM 6 GB bakal memberikan pengguna respon yang pantas ketika multitasking. Satu lagi fungsi menarik yang ada pada Oneplus 3 adalah fungsi Dash Charge yang membolehkan OnePlus 3 dicas 0-60% dalam masa 30 minit sahaja.

Jika sebelum ini Oneplus menggunakan invite system dimana pengguna perlu pengesahan daripada pihak OnePlus kini tidak lagi dan secara rasminya bakal dijual melalui Pihak Brightstar.

 

Buat anda yang tidak sabar untuk mendapatkan Oneplus 3, mungkin anda boleh dapatkan daripada beberapa pengedar yang sudah mula menjual set international Oneplus 3 dengan harga RM1899. Harga yang diumumkan Brightsar masih belum diketahui dan diumumkan kelak.

Anda Mungkin Suka