Sekiranya anda seorang peminat smartphone Android, kami yakin jenama OnePlus bukanlah jenama yang asing buat anda. Penawaran smartphone flagship dengan harga berpatutan antara yang menjadi keistimewaan OnePlus berbanding jenama-jenama yang lain.

Menyoal mengenai spesifikasi OnePlus 6 dikatakan bakal hadir dengan penggunaan processor Snapdragon 845 dan RAM 8 GB. CEO OnePlus, Pete Lau turut menjanjikan pengalaman yang pantas dan lancar untuk pengguna sempena model terbaru mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

oneplus-5t-vs-oneplus-5-quick-look-aa-15-of-22

Setakat ini masih belum terdapat sebarang rekaan yang tertiris bagi OnePlus 6. Teknologi pengimbas cap jari diatas skrin seperti smartphone terbaru Vivo antara yang dijangkakan.

Sama sama kita nantikan apakah perubahan yang bakal dibawakan pada OnePlus 6. Dikhabarkan pelancaran yang dibuat pertengahan tahun ini dibuat bagi memberi peluang jenama-jenama lain melancarkan smartphone terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada isu persaingan.

Kami harap model terbaru OnePlus masih lagi dikekalkan seperti model-model sebelum ini disebalik penggunaan beberapat teknologi dan cip terbaru.

Sumber