Bersempena dengan pelancaran model flagship terbaru daripada OnePlus iaitu OnePlus 6, jenama ini turut bekerjasama bersama filem yang sedang trending seluruh dunia iaitu Avengers: Infinity War.

Dari segi spesifikasi, OnePlus 6 hadir dengan saiz skrin 6.28-inci beserta notch. Processor terbaru daripada Snapdragon iaitu Snapdragon 845 antara yang disertakan bersama RAM 8 GB. Pengguna pastinya puas dengan penawaran storan sehingga 256 GB.

oneplus-6-avengers-edition-04

oneplus-6-avengers-edition-06

oneplus-6-avengers-edition-01

Menariknya, OnePlus masih lagi mengekalkan 3.5mm headphone jack berdasarkan permintaan pengguna meskipun sudah banyak smartphone lain yang tidak lagi menggunakannya.

OnePlus 6 turut hadir dengan dwi-kamera yang menyertakan lensa 20-megapixel dan 16-megapixel. Pengguna turut berpeluang merakam video 4k 60fps melalui model flagship terbaru ini.

oneplus-6-avengers-edition-03

oneplus-6-avengers-edition-02

Setakat ini, masih belum terdapat tarikh dan harga penjualan rasmi di Malaysia bagi OnePlus 6 versi asal serta versi Avengers: Infinity War. Walaubagaimanapun, berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan jelas OnePlus berjaya menawarkan sepenuhnya apa yang dimahukan pengguna Android.

https://www.youtube.com/watch?v=GcXUi1Xj9i8