OnePlus kembali lagi dengan model telefon pintar flagship mereka. Pada kali ini model telefon pintar mereka tampak lebih bersedia untuk bersaing dengan beberapa jenama lain melalui beberapa penawaran spesifikasi terbaru. Model ini juga ditawarkan dengan harga boleh dikatakan mampu milik berdasarkan teknologi yang dibawakan. Berikut merupakan apa yang menarik mengenai OnePlus 6T.

Rekabentuk dan skrin

bgr-oneplus-6t-2
Sumber: BGR

Dari segi rekaan, dapat dilihat rekabentuk OnePlus 6T masih lagi sama seperti OnePlus 6 dengan pengekalan gaya model telefon pintar yang slim dan penawaran skrin yang memenuhi ruang hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini, paparan notch bagi OnePlus 6T telahpun diubah kepada bentuk seakan titisan air yang diletakkan pada bahagian tengah sekaligus mengecilkan saiz notch. Bahagian skrin OnePlus 6T juga jauh lebih besar berbanding model sebelum ini dengan penyertaan skrin 6.4-inci.

Spesifikasi

bgr-oneplus-6t-5
Sumber: BGR

Dari segi spesfikasi, OnePlus 6T disertakan dengan processor Snapdragon 845. Terdapat tiga variasi berbeza yang ditawarkan buat model ini mengikut saiz storan dan RAM dimana versi tertinggi menyertakan ruang storan 256GB dan RAM 8 GB.

Sesuatu yang baru daripada OnePlus pada kali ini adalah penyertaan pengimbas cap jari atas skrin yang sangat responsif dan pantas. Selain itu, beberapa cara nyahkunci telefon pintar lain seperti pengimbas muka turut tersedia.

Pada kali ini buat pertama kalinya OnePlus tidak menyertakan headphone jack pada telefon pintar mereka. Difahamkan alasan pembuangan headphone jack ini dibuat untuk memberi lebih ruang buat bateri yang lebih besar serta cip pengimbas cap jari. Bateri yang disertakan boleh dikatakan agak besar iaitu 3,700mAh.

Kamera

bgr-oneplus-6t-3
Sumber: BGR

Pada model kali ini, OnePlus ternyata memberi fokus yang serius pada kualiti kamera. Gambar yang diambil pada waktu malam dilihat sangat baik serta OnePlus 6T berjaya mengurangkan noise pada gambar dengan baik.

Pada bahagian belakang, OnePlus 6T disertakan dengan kamera 16-Megapixel dan 20-Megapixel manakala bahagian hadapan pula disertakan dengan kamera 16-Megapixel. Berikut merupakan antara sampel gambar yang diambil menggunakan OnePlus 6T.

gsmarena_001
Sumber: GSMarena
gsmarena_004
Sumber: GSMarena
gsmarena_005
Sumber: GSMarena
gsmarena_008
Sumber: GSMarena
gsmarena_032
Sumber: GSMarena
gsmarena_217
Sumber: GSMarena

Harga

bgr-oneplus-6t-10
Sumber: BGR

Menariknya pada kali ini, model terbaru OnePlus bakal hadir lebih awal daripada yang dijangkakan di Malaysia. Hal ini berikutan kini OnePlus sudahpun mempunyai pengedar rasmi di Malaysia. Berikut merupakan senarai harga OnePlus 6T mengikut variasi model.

1. OnePlus 6T 128GB dan RAM 6 GB  – RM2588
2. OnePlus 6T 128GB dan RAM 8 GB – RM2888
3. OnePlus 6T 256GB dan RAM 8 GB – RM3188

Terdapat dua pilihan warna setakat ini yang ditawarkan buat para pengguna iaitu Midnight Black serta Mirror Black. Tempahan bagi OnePlus 6T telahpun dibuka bermula hari ini sehingga 7 November 2018.

Dijangkakan model flagship killer bakal mula dijual di Malaysia seawal 9 November ini. Adakah ini model berbaloi dan berspesifikasi tinggi yang dinanti-nantikan pengguna Android?

Sumber