Beberapa bulan lalu, muncul ura-ura dimana OnePlus akan hadir dengan ciri kamera pop-up seperti yang dijangkakan para pengguna. Terbaharu, melalui satu foto rekaan OnePlus 7 yang tertiris di laman web Pricebaba menguatkan lagi khabar tersebut.

oneplus_7_leak

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengikut sumber tersebut, kamera hadapan dengan ciri pop-up akan berada di tengah selari dengan kamera belakang yang disusun 3 lensa dalam satu baris. Namun setakat ini belum ada informasi mengenai kualiti kamera hadapan dan belakang. OnePlus 7 juga dikhabarkan akan hadir tanpa notch yang menghasilkan skrin to body ratio 95%. Skrin 6.5 inci tersebut akan dilengkapi dengan resolusi full HD+.

Difahamkan OnePlus 7 akan menggunakan processor Snapdragon 855 dari Qualcomm, penawaran RAM bermula daripada 6GB dan disokong dengan perisian Android 9 Pie. Model ini dijangka akan menembusi pasaran pada bulan Mei hingga Jun ini.