Sebut mengenai OnePlus pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama yang sinonim dengan tagline ‘Flagship Killer’. Terbaru, OnePlus dilaporkan bakal melancarkan model terbaru mereka iaitu OnePlus 7 pada 14 Mei ini. Menariknya, sebanyak tiga model bakal diperkenalkan pada kali ini menampilkan OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 5G.

Dari segi rekaan, dijangkakan OnePlus bakal menampilkan rekaan yang berbeza buat OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro dimana model Pro bakal dilengkapi dengan kamera yang boleh jenis pop-up. Lebih membuat para peminat teruja sudah pastinya penawaran skrin dengan refresh rate 90Hz.

Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan pada model kali ini didapati lebih premium berbanding model sebelum ini dimana OnePlus 7 Pro bakal ditawarkan pada harga €749 (~RM3,459.79) untuk model 8GB RAM dan 256GB ruang storan. Model dengan 12GB RAM dan 256GB ruang storan pula ditawarkan pada harga €819 (RM3,783.13). Sama-sama kita nantikan harga rasmi model terbaru OnePlus di Malaysia selepas pelancarannya pada 14 Mei ini.