Sebut mengenai jenama OnePlus pasti ramai yang mengingatinya daripada tagline ‘flagship killer’. Menawarkan seleksi model spesifikasi dengan harga berbaloi antara yang membuatkan orang ramai berminat dengan jenama ini.

Terbaharu, OnePlus nampaknya bakal memperkenalkan model terbaru yang dengan harga penjualan yang mampu milik buat orang ramai. Model yang bakal dilancarkan ini bakal dinamakan sebagai OnePlus 8 Lite.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ONEPLUS-5K3-1280×720
Sumber: Slash Gear

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali OnePlus melancarkan model mampu milik. Kali terakhir, jenama ini melancarkan model dengan harga yang sedikit rendah adalah pada 2015 melalui model OnePlus X.

Penawaran model OnePlus 8 Lite ini sekaligus mengesahkan jenama ini bakal memfokuskan kepada tiga model utama melalui OnePlus 8 iaitu model OnePlus 8 Lite, OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro.

Setakat ini pihak OnePlus masih belum kongsikan spesifikasi yang bakal dilengkapi pada model terbaru mereka ini. Sekiranya OnePlus mampu menawarkan spesfikasi yang berbaloi pada model ini, tidak mustahil jenama ini bakal menjadi pilihan ramai berikutan penawaran kemas kini yang pantas berbanding jenama-jenama lain.

Youtuber MKBHD nampaknya turut teruja dengan OnePlus 7 Pro serta memilih model ini antara telefon pintar terbaik 2019. Turut dikongsikan, pelan Samsung yang bakal melancarkan Galaxy S11 dengan lima kamera belakang beserta sensor 108-megapixel.

Tonton Ulasan OnePlus 7 Pro Daripada MKBHD

Samsung Galaxy S11 Bakal Dilengkapi Dengan Kamera 108-Megapixel